Hampir seminggu Sheikh Peah bermukim dijazirah arab. Merentasi benua dan mengharungi perjalanan yang panjang, tentunya satu pengalaman yang cukup menarik. Melihat kiriman gambar dari beliau (sila lihat gambar yang dikirimkan di photobucket atau klik pada link Jong's on vacation), dapat disimpulkan bahawa keadaan di sana lebih baik dari apa yang kita semua bayangkan. Dengan kediaman yang selesa dan makanan yang lebih dari cukup, saya kira Sheikh Peah pastinya tersenyum lega (sehingga menampakkan gigi besinya).
Ketiadaan Sheikh Peah selama seminggu ini telah memperlihatkan komplikasi yang serius pada aktiviti pergerakan kita. Ini perlu kita semua akui. Tiada Karaoke, hartem dan The Curve (sambil menikmati meatball 10 di ikea). Segalanya lumpuh. Semuanya seperti hilang punca. Ini ditambah pula dengan ketiadaan Santa yang menerima kehadiran cahaya mata dan persiapan untuk berpindah (Tahniah di ucapkan kepada Santa dan Faz. Buat jong's sekalian, mari kita berkongsi membeli hadiah. Kepada Sheikh Peah, jgn ingat ante terlepas, ante antar itu hadiah pakai courier la).
Jadi sesuatu perlu dilakukan untuk mengembalikan semula kredibiliti pergerakan kita. Untuk itu saya cadangkan kita menghidupkan kembali tradisi kita sebelum ini, iaitu berbuka puasa bersama sebagai mengimarahkan lagi kemunculan kembali Ramadhan Al-Mubara' ini. Jika dulu lokasinya adalah di rumah Santa, kali ini mungkin kita perlu menukar lokasi memandangkan Santa baru sahaja berpindah dan pastinya akan menyulitkan beliau. Kepada sesiapa yang mempunyai cadangan tentang tarikh dan tempat, sila kemukakannya diruangan komen. Kerjasama dari semua amat dialu-alukan.
p/s:Buat Sheikh Peah, semoga selamat menjalani ibadat puasa dan terawih. Dan jangan lupa kirimkan gambar.

1 ulasan:
Apa yang ana boleh kata kan ialah, ana tersangat nye merindukan Malaysia. Tambahan pula pada bulan puasa yang mulia ini. Ana tersangat terasa lain nya berpuasa di Malaysia dan berpuasa ni negara padang pasir yang kaya dengan minyak ini. Buat saudara santa, tane'ah. Moga anak anda membesar dengan sihat dan tidak mengikuti ciri ciri percakapan saudara zia yang unik itu. Buat saudara saudara yang lain nya, moga anda semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik. Ingat satu pesanan ana, negara kita kaya. Jauh lagi kaya dari tanah arab ini. Orang Arab pandang tinggi kepada Malaysia. Berbangga lah!
Ramadhan mubarak!!!
Catat Ulasan