
Tiada yang lebih bererti selain dari meluahkan apa yang dirasa,melaksanakan apa yang dicita,dan memiliki apa yang dicinta. Mungkin ini sebahagian dari anugerah terindah yang wujud dalam riwayat hidup manusia. Dengan segala keinginan yang dikabulkan ini, bermakna secara sedar kita telah memilih untuk berkonfrontasi dengan segala tanggungjawab yang siap menuntut pertanggungjawaban. Dan secara praktikalnya, ini bukan kerja mudah, kerana perkahwinan itu merupakan suatu anugerah yang begitu kompleks. Cinta, komitmen, persefahaman, perkongsian dan pergorbanan melebur menjadi satu dalam intitusi ini. Namun ianya juga tidak terlalu payah jika dapat difahami dan dimengertikan dengan jelas.
Berpaksikan pada pemahaman ini maka, pada tanggal 23 Disember 2007 sahabat kita Ezwan@jong telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan jiwanya, saudari Ezan. Segalanya berjalan lancar dan berlaku seperti yang dirancang. Alhamdulillah. Sebagai mewakili jongos yg lain, sekali lagi saya mengucapkan tahniah di atas pernikahan ini dan semoga sentiasa berada dalam dakapan bahagia. Saya amat berharap agar perkahwinan ini dapat menjadi pembakar semangat kepada jongos yang masih lagi sendiri dalam kegelapan. Terutama sekali buat jongos yang di hujung mahgrib agar segera merencanakan sesuatu sebelum masuknya waktu Isyak. Perlu diingatkan, waktu Maghrib itu tidak panjang dan ianya perlu disegerakan.
Dan untuk pengetahuan semua, kepulangan jong Peah telah ditunda dari 5 Januari ke 16 Januari 2008. Ini kerana Pak Arab di sana keberatan untuk melepaskan jong Peah (yang pada hemat mereka merupakan seorang yang 'jambu') pergi. Tidak boleh tidak, beliau perlu segera kembali ke bumi hadhari ini bagi melangsaikan bil air yang telah sekian lama tertunggak. Atau beliau terpaksa berhadapan dengan pemotongan bekalan air. Sebelum saya masuk beradu, ingin saya mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat jong Ezwan dan saudari Ezan dan Selamat Tahun 2008 kepada semua jongos. Semoga tahun ini bakal memberi sinar harapan kepada jongos yang sekian lama kesepian, ini kerana kehidupan yang tidak diperiksa adalah kehidupan yang tidak layak untuk dijalani.
